Monday 2 May 2011

Apa Itu Coklat?



Coklat ada 2 iaitu coklat ori atau celup hehehe..eh coklat yg da di edit content nyer.

Coklat ori a.k.a tulin kompom mengandungi kurg 5% lemak sayuran. Manakala, coklat 'celup' yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.

Produk-produk koko atau coklat yang tidak memenuhi kriteria tersebut dikenali sebagai coklat 'celup' kurang berkhasiat jika dibandingkan dengan coklat tulin.


Apakah Jenis-Jenis Coklat Yang Terdapat di Pasaran?

So sebelum tu..korg sebagai pengemar coklat ni kene tau apa jenis2 cokelat yg ada di pasaran..

Terdapat banyak jenis produk yang boleh didefinisikan sebagai coklat dan coklat konfeksyeneri selain daripada bar coklat. Walau bagaimanapun, bila bercakap mengenai coklat, ia merujuk kepada tiga jenis coklat iaitu coklat susu, coklat putih dan coklat kosong.

Mengapa Makan Coklat?
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa coklat merupakan makanan, minuman dan snek yang popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, coklat dianggap sebagai makanan junk dan tidak berkalori, enak tetapi tidak berkhasiat. Tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. Yang nyatanya, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif. Sebagai contoh, kandungan zat di dalam coklat susu berbanding coklat putih.

NILAI PEMAKANAN COKLAT PUTIH DAN COKLAT SUSU
Kandungan Zat 8oz. Gelas (atau ½)

ZAT

COKLAT PUTIH

COKLAT SUSU

Kalori

168

205

Protin gms.

8.5

7.0

Kalsium gm.

0.20

0.26

Fosforus

0.22

0.22

Vitamin A I.U.

375

338

Tiamin mg.

0.08

0.07

Riboflavin mg.

0.41

0.37

Niasin mg.

0.21

0.25

Sumber : Persatuan Pengilang Coklat


Bilakah Kita Membeli Coklat?

Coklat sesuai untuk dibeli setiap masa, lebih-lebih lagi pada hari-hari istimewa seperti Hari Krismas, Hari Kekasih dan sebagainya. Memandangkan coklat merupakan makanan yang kaya dengan sumber tenaga dan senang dibawa ke mana saja, ianya sering dijadikan makanan dalam pelbagai aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan lain-lain. Ia merupakan makanan 'wajid' di kalangan pengembara.

Peratus Tenaga Dari Protin, Lemak Dan Karbohidrat Dalam Coklat Susu Dan Tanpa Susu

Jenis

% Sumbangan Tenaga

Protin

Lemak

Karbohidrat

Coklat Kosong

4%

57%

39%

Coklat Susu

7%

52%

41%

Coklat Putih

5%

51%

43%


So cokelat bukan sahaja memberi kebaikan pada kesihatan kiter...tetapi jika pengambilan kite OVER haa...masalah kesihatan lak akan timbul..so ambil ngan kadar yg minimum saje k..trimas 4 reading:)

No comments:

Post a Comment